Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

[BREAKING NEWS] Perahu Karam di Kapit, Seorang Masih Hilang

By 6 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Danial Zakwan & Diyana Zamri

KAPIT, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit mengesahkan empat mangsa selamat manakala seorang masih hilang dalam kejadian sebuah perahu panjang karam di Sungai Baleh, Kapit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Ketika dihubungi, Koperal Abdul Rahaman Adanan mengatakan insiden ini berlaku di Kerangan Ara, Sungai Baleh Kapit berdekatan SMK Baleh Kapit.

Dipercayai, terdapat lima orang mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut. Empat orang penumpang dilaporkan terselamat hasil bantuan penduduk yang berdekatan.

Seorang lagi mangsa yang belum dijumpai dan dikenal pasti sebagai Tuai Rumah (Ketua Kampung) Sungai Setapang Nanga Gaat Baleh, Kupa Anak Manggom.

Pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kapit dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kapit kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kupa.

Sementara itu, menurut penduduk setempat yang turut terlibat dalam usaha menyelamatkan empat penumpang tersebut, Bennet Anak Ajang, 52, kejadian tersebut disebabkan berlaku di kawasan juram (Pala Won) dan secara kebetulan terdapat sebuah bot ekspres yang baru sahaja melalui kawasan tersebut.

“Ombak bot ekspres tersebut secara tidak langsung menyebabkan perahu panjang yang dinaiki oleh mereka tidak stabil lalu terbalik sehingga menyebabkan perahu karam,” jelas Bennet.

Lima orang penumpang tersebut merupakan penduduk kampung yang dalam perjalanan pulang ke rumah panjang untuk hari membuang undi esok.

MENYUSUL

SF

Tinggalkan komen anda