Oleh: Sharman Subramaniam
TANJONG KARANG, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Keluarga Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Noriah Kasnon sudah mula menanti jasadnya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Batu 12, Sungai Burong di sini.
Mayat Noriah ditemui pada 12 tengah hari tadi setelah helikopter menaiki helikopter AS 350/RP-C 6828 yang dinaikinya bersama suami dan empat lagi penumpang dilaporkan hilang dari radar semalam.
Menurut adik Allahyarhamah, Saiful Bahrain Kasnon, 44, kali terakhir beliau berjumpa dengan arwah adalah pada tiga minggu lepas.
“Allahyarhamah Noriah ialah anak keempat daripada lapan beradik dan arwah seorang yang sangat merendah diri”, katanya.
Saiful menerima makluman berita nahas helikopter tersebut pada pukul 8.00 malam semalam tetapi beritanya tidak dapat disahkan kerana banyak spekulasi menerusi laman sosial.
Ahli keluarga Allahyarhamah Noriah mula berkumpul di kediaman arwah dan menunggu kepulangan jasad beliau yang dijangka akan tiba di kampung halamannya pada 10 malam ini.
Sementara itu, anak-anaknya, Shafiq Mohd Ishak, 29, Farah Nadhirah Jamaludin, 27, dan Adam Aidid Mohamad Suhaili, 19, kini berada di Kuching setelah tiba pada 3:20 petang tadi.
Solat jenazah bakal diadakan di Surau Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 7.30 malam ini.
DK/SF