Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

[VIDEO] Bumiputera Diberi Peluang Luas Berniaga Di Serian

By 6 Mei 2016Tiada komen5 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Muhammad Rizal Redzuan / Sapawi Osman (Serian)

SERIAN, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Serian telah diisytiharkan sebagai bahagian baharu yang ke -12 di Sarawak oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada 11 April 2015.

Pengisytiharan ini dibuat di Stadium Mini Serian ketika Adenan merasmikan Pesta Birumuh 2015. Sejumlah RM2 juta diperuntukkan bagi membaiki infrastruktur Serian yang disalurkan serta-merta pada ketika itu.

 

20160502_143730

 

Terkenal dengan tempat perkelahan, seperti Ranchan Pool dan Tasik Danu, Serian yang mempunyai keluasan 1,762.4 kilometer, terletak kira-kira 70 km dari Kuching dengan sebahagian besar penduduknya daripada keturunan Bidayuh.

 

20160503_164802

 

Lebih setahun menjadi bahagian baharu, Malaysiaaktif membuat tinjauan ke Pusat Penjaja Serian atau lebih dikenali sebagai pasar Serian yang dikatakan mengalamai kenaikan kadar sewa 100%.

 

20160503_105723

 

Seorang peniaga sayuran kampung, Lucia ak Kirip, 44 dari Kampung Ri’ih Mawang berkata, 21 tahun lepas, sewa tapak pasar ini hanya RM0.50 sehari tapi sejak beberapa tahun lepas, sewanya naik kepada RM1sehari bagi setiap tapak.

 

 

Beliau yang telah 21 tahun mencari rezeki dengan berniaga di sini gembira kerana disediakan tempat yang selesa dengan sewa yang sangat rendah.

Katanya lagi, dia memulakan aktiviti berniaga seawal 8.00 pagi dan menutup perniagaanya apabila barang jualan habis. Jualan di sini sangat laris dan dia mengaut lebih RM100 sehari.

Sementara itu, menurut Elizabeth ak Riyen, 23 dari Kampung Korang Mawang, walaupun sewanya naik RM1 sehari, namun masih jauh lebih murah berbanding tempat lain. Katanya, menerusi Facebook, dia sering melihat gerai dan barang peniaga dirampas. Dia bersyukur kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku di Serian. Orang Bumiputera diberikan peluang seluas-luasnya untuk berniaga di sini.

 

 

Dia yang sudah 17 tahun berniaga di sini bermula dengan membantu ibunya apabila pulang dari sekolah. Dulu mereka berniaga menggunakan payung tetapi dijemput  berniaga di tempat yang selesa dengan bayaran sewa hanya RM0.50 sehari.

 

 

Juwita ak Lingkes dari Kampung Koran memberitahu, dia mengambil alih perniagaan ibunya di sini. Keadaan di pasar ini jauh lebih selesa apabila diubah suai selaras dengan status Serian yang telah diangkat menjadi bahagian baharu di Sarawak.

Bagi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, dalam jurusan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, dia datang membantu ibunya setiap kali bercuti sama ada cuti am atau cuti semester.

 

 

Deerylina Brenda ak Dalison, 21 berkata ini sajalah peluang untuk ibunya bercuti dan rehat di rumah. Jika mereka yang berkerjaya boleh bercuti setiap hari Sabtu dan Ahad, maka ibunya juga selayaknya bercuti pada hari yang sama.

 

 

Mariyati Dolkari yang berniaga bersama suaminya berkata berniaga di sini sangat selesa kerana banyak kemudahan dengan sewa yang terlalu murah.

 

 

Clarence Kenny ak Ripok, 35 dari Kampung Rayang yang berniaga di sini sejak 2003 berkata, dia memilih untuk berniaga di sini kerana senang mendapat tempat bagi Bumiputera berniaga. Barang – barang untuk diniagakan juga mudah diperoleh kerana boleh dikutip di sekitar kampung.

Selain itu, pendapatan di sini sangat lumayan kerana pasar ini menjadi tumpuan memandangkan lokasinya berhampiran laluan utama Kuching ke Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri. Dia sangat gembira dengan pengisytiharan Serian sebagai bahagian kerana infrastruktur di sini membangun secara mendadak dari segi kemudahan asas, seperti elektronik, air dan menara telekomunikasi di Kampung Reteh Plaman.

 

20160503_104950

 

Selain pasarnya yang terkenal dengan pelbagai barang jualan, tempat letak kereta yang disediakan di seluruh Serian adalah percuma.

 

 

Seorang pengunjung tempatan ke pasar ini, Bonyface ak billy, 36 berkata, dia suka datang ke sini kerana parkir percuma dan senang. Semua keperluannya boleh diperoleh di sini sama ada pakaian, makanan, barangan dapur dan sebaginya.

 

 

 

Menurut Awang Ahmad Basri, 36, parkir percuma di sini banyak dan dan berharap kekal dan ditambah lebih banyak lagi.

Malaysiaaktif turut menemubual Setiausaha Majlis Daerah Serian, Joseph ak Indi dan Penolong Pegawai Kesiahatan Persekitaran Kanan Majlsi Daerah Serian, Thomas Ramli Sutu.

 

20160502_180941

 

Menurut Joseph, ketika ini hanya terdapat sejumlah 142 petak atau lot gerai yang disediakan di pusat penjaja Serian. Walau bagaimanapun, terdapat lebih 1000 penjaja di situ. Bagi pihak Majlis Daerah, mereka tidak pernah bercadang untuk menghalau, mendenda atau merampas barangan peniaga di situ. Sebaliknya mereka sedang berusaha utuk menyediakan ruang yang lebih luas agar semua penjaja mendapat ruang yang selesa.

 

 

Joseph berkata, belum pernah ada kes peniaga disaman atau barangan mereka dirampas. Pihak Majlis, sedaya upaya berjumpa dengan penjaja ini untuk mendaftarkan mereka dan berikhtiar mencari jalan agar tiada peniaga yang terpinggir atau kesusahan.

 

 

Beliau juga berharap pihak penjaja dapat memberikan kerjasama untuk didaftarkan demi menjaga kebajikan mereka.

Thomas pula memaklumkan, kekangan mereka ialah jumlah tenaga kakitangan untuk menjaga kebajikan para penjaja. Apatah lagi, apabila Serian diangkat menjadi bahagian, kawasan seliaan mereka menjadi semakin luas iaitu dari Balai Ringin ke Siburan.

 

 

Joseph memberitahu kepada Malaysiaaktif yang pihak Majlis tidak pernah berbincang untuk mengenakan bayaran di tempat letak kereta tetapi mereka sering mengadakan bermesyuarat untuk menambahkan bilangan tempat letak kereta yang selesa kepada pengguna bandar yang antara kegiatan utama penduduknya ialah menanam lada hitam.

 

-SF/AAS

 

Tinggalkan komen anda