Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Guru Parlimen Batu Dirai, Terima Anugerah

By 23 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Ruhamin Ramli (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri di Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Mahazir Khalid hari ini menyampaikan beberapa anugerah sempena Hari Guru 2016, Parlimen Batu di High Convention Centre, Sentul.

Antaranya, Anugerah Tokoh Guru yang diterima oleh Norzliah Wahad dan Anugerah Ikon Guru yang diterima oleh Normie Azura Abd Jamil.

Anugerah lain yang turut dipertandingkan termasuk Anugerah Inovatif Sekolah Rendah, Anugerah Inovatif Sekolah Menengah, Anugerah Guru Cemerlang dan Jasamu Dikenang.

Kesemua pemenang bagi kategori tersebut masing-masing menerima RM1000 dan trofi.

Bertema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, Sambutan Hari Guru 2016 Parlimen Batu ini dihadiri 300 orang termasuk golongan pendidik dan pesara guru khususnya di Parlimen Batu.

Mahazir Khalid dalam ucapan menyatakan bahawa sambutan hari guru seharusnya disambut di bawah saranan ibu bapa.

“Di peringkat sekolah sambutan hari guru dilaksanakan di bawah bidang sekolah, Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) dan juga alumni. Manakala sambutan Hari guru di peringkat negeri dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri”.

Selain daripada itu beliau juga turut menyentuh berkaitan dasar yang diguna pakai sekarang iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang meliputi pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan persekitaran serta keyakinan kendiri perlu sentiasa di jana menerusi pendekatan pengajaran yang holistik.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaikan cenderahati kepada 44 buah Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Parlimen Batu.

 

-DK

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda