Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Hasrat Penghidap Kanser Mata Naik Pesawat Tercapai

By 18 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh: Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 18 Mei  (Malaysiaktif) –? Hasrat adik Yusaidinnor Bakari, 5, dari Kampung Sejati Semporna untuk menaiki pesawat kapal terbang akhirnya direalisasikan pagi semalam.

Yusaidinnor penghidap kanser mata sejak berusia setahun lapan bulan yang telah dikesan oleh Hospital Besar Tawau dan diminta merujuk terus ke Hospital Likas di sini.

Ibunya, Maimunah Ghani, 44 berkata, Yusaidinnor yang menghidap penyakit ‘Retinoblastoma of L Eye’ telah menjalani rawatan selama enam bulan dan selesai kimoterapi pertama pada Jun 2015 namun dikesan semula pada bulan lepas dan kembali menerima rawatan kimoterapi kali kedua di Hospital Likas.

Keinginan kanak-kanak itu kemudian direalisasikan Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia (CWS), sebuah badan amal kebangsaan khusus untuk memenuhi hasrat kanak-kanak yang sakit di seluruh negara.PDRM 1

Naib Presiden CWS, Teoh Teik Hoong berkata sejak lapan tahun lalu, mereka telah menunaikan impian lebih daripada 600 kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik di negara ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun kerana memberikan respon terbaik dengan membantu kami memenuhi hasrat Yusaidinnor untuk menaiki pesawat ini.

“CWS berterima kasih kepada Hotel Promenade yang telah memberi kemudahan penginapan kepada Yusaidinnor dan ibunya seterusnya menjadikannya satu pengalaman yang istimewa buat mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari dalam sidang medianya, penerbangan ihsan selama 40 minit itu khusus untuk merealisasikan hasrat Yusaidinnor untuk menaiki pesawat dan menikmati pemandangan sekitar bandar raya dan pulau-pulau berhampiran.

“Kita amat teruja dan berbangga dengan kehadiran adik Yusaidinnor yang sedang menjalani rawatan di Hospital Likas yang telah menyatakan hasratnya untuk menaiki pesawat dan bercita-cita untuk menjadi juruterbang.

“Justeru, pihak PDRM telah membuat penerbangan ihsan khusus untuk merealisasikan hasrat adik ini dengan menaiki helikopter Pasukan Gerakan Udara yang diiringi ibunya dan juruterbang, ASP Dhanieherman Hosni dan ASP Norzan.

Tambahnya, program tersebut merupakan kerjasama kali pertama yang melibatkan PDRM Sabah dengan inisiatif CWS Malaysia.

SF

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda