Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Belaga Sarawak Catat Rekod Tikar Rotan Terpanjang Di Dunia

By 18 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Luhat Lihan / Foto: Bolhan Basah (Sarawak)

BELAGA, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Tikar rotan yang dianyam selama lapan bulan oleh tiga kumuniti dari Sg. Asap, Murum dan Baram telah diisytiharkan sebagai tikar yang terpanjang di dunia.

“Persatuan Peng Doh Belaga telah berjaya memahat satu rekod untuk Malaysia dan semua rakyat Malaysia patut berbangga dengan kejayaan ini,’’ ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim semasa merasmikan Pesta Ubek di Dewan Masyakarat Sg. Asap, Belaga petang Isnin.

Rohani berharap agar dokumentari tentang program tersebut akan ditonton di seluruh dunia supaya semua tahu di mana lokasi Sungai Asap, Belaga dan rupa bentuk tikar yang dibuat di sini.

“Dokumentari itu juga nanti akan dapat dilihat tentang kehidupan orang Ulu dan kejayaan projek penempatan semula empangan Bakun dan Murum.

Aktiviti yang dijayakan oleh Sarawak Energy Board (SEB) ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan secara tidak langsung mempromosikan hasil kraf tangan kita di mata dunia.

Wakil Guinness World Record England, Rishi Nath yang telah diterbangkan khas untuk mengesahkan penyukatan tersebut menyatakan tikar rotan tersebut telah memecahkan rekod Sweden.foto 3 (2)

“Sebenarnya, mereka mencipta lebih daripada satu rekod, tikar rotan terpanjang, dianyam dengan tangan bukan mesin seperti di Sweden. Bahan yang digunakan pula adalah daripada produk tempatan yang terdapat di hutan’’ ujar Rishi.

Seramai 700 orang termasuk 400 orang wanita telah berjaya menyiapkan tikar rotan sepanjang 1,128.272 meter.

Tikar tersebut telah memecahkan rekod yang dipegang oleh Sweden sepanjang 797.51meter, sejak 2014.

Penduduk-penduduk yang mengambil bahagian dalam kerja tersebut terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Ukit, Lahanan dan Penan.

SF

Tinggalkan komen anda