Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Hindar Manipulasi Media Sosial – Idris Haron

By 17 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka / Ilustrasi: Alfredo Garzon

MELAKA, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kini terdapat pelbagai manipulasi di media sosial termasuk pergerakan senyap yang merekrut serta menghasut rakyat agar menentang kerajaan serta perkara yang termaktub dalam perlembagaan.

“Media sosial turut menyebarkan pelbagai propaganda dan fitnah selain hasutan yang ada ketikanya cukup meyakinkan terutama apabila disertakan dengan gambar, statistik dan bukti yang dimanipulasi supaya kelihatan sahih.”

“Maka, kerajaan mengambil inisiatif mengadakan Program Mesra Rakyat ini supaya hubungan antara rakyat dengan kerajaan amnya dan hubungan antara masyarakat khususnya dapat disatukan,” ujar Idris ketika merasmikan Karnival Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan Alai pada Ahad.

 

e2b37b6d-d141-485e-a290-cf6fbb52c1e9

 

Jelas Idris, sikap toleransi dan perpaduan kaum membolehkan kerajaan merancang dan melaksana pembangunan dengan lancar bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara sekaligus menarik pelancong asing datang khususnya di Melaka. Tahun lepas sahaja telah berjaya menarik sejumlah 15.7 juta pelancong berbanding 15.03 juta tahun 2014,” ujar Idris.

Tambahnya, pada tahun lepas, Melaka berjaya mencapai jumlah pelaburan sebanyak RM6.79 billion. Rekod ini merupakan yang tertinggi dalam masa 20 tahun menerusi 22 projek perkilangan.

“Tahun sebelumnya, kita berjaya menarik RM4.53 billion dan RM1.48 billion pada 2013. Ini bukan usaha kerajaan semata-mata tetapi dengan bantuan semua,” katanya.

 

-DZ / AAS

Tinggalkan komen anda