Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Memperkasa Modal Insan Ke Arah Negara Maju Gondol Juara Pidato

By 16 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh :Anuar Che Amat,

 

Kuala Perlis, 16 Mei(Malaysiaktif) – Pidato bertajuk “Memperkasa Modal Insan Ke Arah Negara Maju” berjaya menambat hati juri untuk di nobatkan sebagai Pemenang di majlis Pertandingan Pidato 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis. Pertandingan ini dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Perlis. Ia mendapat kerjasama Institut Kemahairan Belia Negara, Kuala Perlis dan diadakan di Institut itu pada 10 Mei lalu.

Kepetahan pidato yang di sampaikan oleh Mohamad Hafiz Bin Hashim melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.00 dan piala iringan selaku johan di pertandingan tersebut. Kejayaan itu juga melayakkan beliau mewakili Perlis ke Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan yang di jangka akan di adakan pada Ogos ini di UiTM Merbok, Kedah.

Bagi Naib Johan pula di sandang oleh seorang warga pendidik, Encik Abdul Manaf Hassan yang membawa tajuk ‘Kemerdekaan Membina Ketamadunan Bangsa’, beliau menerima wang tunai RM 1,000.00 serta piala iringan dan tempat hadiah ketiga berupa wang tunai RM 500.00 di sandang oleh Encik Nordin Haji Mohammad Yusof yang menyampaikan pidato “Memperkasa Modal Insan ke Arah Negara Maju’ .

Lima orang lagi perserta malam itu menerima hadiah saguhati berjumlah RM300.00 setiap orang yang di sampaikan oleh Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail, turut hadir di majlis tersebut ialah Encik Mohamad Noor Hidayat Bidin wakil Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis

Tinggalkan komen anda