Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Huraimi Johan Pidato 1Malaysia Kelantan

By 25 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 

Oleh : Robani Nabi Ahmad, Un Suat Fern, Khairunnisa Ismail, Hasniza Hassan (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 25 Mei (Malaysiaktif) – Penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kesedar Gua Musang, dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato 1Malaysia 2016 peringkat negeri Kelantan yang diadakan di Centre Stage KB Mall, di sini.

Mohd Huraimi Hilman Husni, 19, yang merupakan penuntut tahun dua jurusan Pentadbiran Sumber Manusia di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) berjaya menewaskan lapan peserta di peringkat akhir semalam.

Mohd Huraimi membawa pulang wang tunai RM 1,500.00

Mohd Huraimi membawa pulang wang tunai RM 1,500.00

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan Huraimi untuk mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung 31 Julai hingga 2 Ogos di Sungai Petani, Kedah.

Huraimi membawa pulang wang tunai RM 1,500 beserta plak dan sijil. Tempat kedua pula dimenangi oleh Salina Mohamed, manakala Redzuan Abd Rasyid muncul sebagai pemenang tempat ketiga dengan masing-masing membawa pulang RM1,000 dan RM500 beserta plak dan sijil penyertaan.

Sementara itu, Huraimi berkata beliau tidak menjangkakan kemenangan tersebut memandangkan persaingan yang hebat daripada peserta lain.

Tinggalkan komen anda