Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program Khairat Yayasan Artis 1 Malaysia Bela Kebajikan Penggiat Seni

By 25 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Ashraf Ahmad

SERI KEMBANGAN, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Dalam memastikan kebajikan penggiat seni di tanah air terus dibela, Yayasan Artis 1 Malaysia mengorak langkah dengan melancarkan Program Khairat Kematian buat kali pertama di Malaysia.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Keruak ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Khairat Yayasan Artis 1Malaysia di Grand Salon Lounge Hotel Palace Of The Golden Horses di sini, petang semalam, menyifatkan program ini mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan khususnya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan artis-artis di Malaysia.

Golongan artis juga perlu dilihat sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Industri seni telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada penggiatnya.

Beliau menggesa agar transformasi perlu bermula dari sekarang selaras dengan dasar kerajaan untuk memastikan negara dan rakyatnya bergerak seiring untuk kemajuan masa akan datang.

Segala idea dan kerjasama daripada pelbagai pihak amat dialu-alukan dalam membantu YA1M mencapai objektifnya untuk membela golongan artis.

Salleh juga menyeru agar pengiat seni mengambil peluang ini unutuk mendaftarkan diri beserta keluarga demi jaminan masa depan khususnya dapat meringankan beban di saat-saat kritikal dan tidak dijangka.

Antara pakej yang ditawarkan oleh YA1M adalah pakej pengurusan jenazah lengkap sebanyak RM 1,500. Wang Khairat RM 3,000 juga akan diberikan selepas 30 hari penerimaan dokumen lengkap, badal haji percuma dan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan pembayaran wang sebanyak RM 10,000 akan diberikan oleh pihak YA1M.

Sementara itu bagi bukan beragama Islam, wang sebanyak RM1,500 akan diberikan pada hari kematian dan tunai RM4,500 pula akan diberikan selepas 30 hari penerimaan dokumen lengkap iaitu sijil kematian.

 

-DK

Tinggalkan komen anda