Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Projek Kerajaan Perlu Ikut Jadual

By 25 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Salawati Mat Shariff & Norhayani Hashim (Tasek Gelugor)

TASEK GELUGOR, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman semalam meluahkan kekecewaannya terhadap kelewatan projek pembinaan Institut Kemahiran Mara (IKM) di Ara Kuda, Tasek Gelugor.

Katanya, kelewatan ini merupakan satu kerugian kepada bakal-bakal pelatih untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.

Menurut Zainal, kos keseluruhan projek yang berjumlah RM110 juta itu merupakan peruntukan yang sangat besar daripada kerajaan persekutuan.

“Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk rakyat agar lebih terlatih dalam bidang teknikal dan vokasional. IKM menawarkan kursus diploma serta sijil dalam bidang mekanikal dan elektronik. Dengan berbekalkan kemahiran tersebut, para pelatih lebih bersedia untuk pasaran kerja yang lebih luas.”

“Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk memastikan projek kerajaan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Namun begitu, untuk projek ini terdapat beberapa kelewatan yang tidak disengajakan,” ujar Zainal pada satu sidang media selepas melawat tapak projek IKM Ara Kuda.

WhatsApp-Image-20160524 (1)

Projek pembinaan IKM Ara Kuda yang dijadualkan siap pada 4 Januari 2014 ini, dijangka bakal menjadi mercu tanda baru pembangunan pendidikan di daerah Seberang Perai Utara.

Sementara itu, Pengurus Besar Pembinaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Mimi Asmida Zakaria dalam satu taklimat ringkas berkenaan masalah kelewatan projek tersebut berkata, walaupun keseluruhan projek telah hampir siap sepenuhnya, namun masih terdapat beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki pada tahun ini kerana kemasukan pelajar akan bermula pada Januari 2017.

WhatsApp-Image-20160524

Turut hadir, Timbalan Sektor Pembangunan Strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nor Rizan Mohd Thani dan Pengarah MARA Pulau Pinang, A. Razu Abdul Razak.

 

– AH

Tinggalkan komen anda