Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajayaViral

Jalinan Kasih Rakan Strategik Erat Silaturahim

By 10 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh  :  Muhammad Rizal b Redzuan

PUTRAJAYA, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 26 orang bekas pegawai di Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang bersara bermula April 2015 hingga April 2016 di satukan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna B1, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

20160510_144559
Apa yang menariknya ialah, ke semua 26 orang ini ditemukan kembali bersama lebih 200 orang para pesara JaPen yang telah lama bersara termasuklah bekas Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarahnya.
20160510_170814

 

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman, juga dihadiri oleh bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Seri Drs. Sulaimen Mohamed.
20160510_144119

 

Di dalam ucapan perasmiannya, Ibrahim telah memberikan satu fakta yang amat mengejudkan dengan penemuan manuskrip lama di London. Menurut manuskrip tersebut, Jabatan Penerangan Malaysia telah diwujudkan mulai pada 1 Oktober 1910 dengan nama Malaysiaan Information Agency. Ia kemudiannya diubah nama kepada Malay State Information Agency di Trafalgar Square, London. Ini bermakna, Jabatan telah wujud selama 106 tahun.

Majlis ini diadakan sebagai meraikan jasa, sumbangan dan khidmat bakti mereka kepada perkhidmatan awam dan Negara.

20160510_161018

Ibrahim, yang memulakan ucapan dengan mengajak hadirin membaca Al Fatihah dan berdoa untuk bekas Ketua Pengarah JaPen, Datuk Abas  Saleh dan Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon.
20160510_160851

Katanya lagi, ini adalah satu platform penting untuk pegawai yang bersara dan yang masih berkhidmat, bersama mengembeleng tenaga memajukan pemasaran maklumat negara.

Rakan Strategik JaPen yang terdiri daripada pesara-pesara JaPen juga diharap masih lagi boleh menjadi agen pelaksana transformasi negara.

Selain, memberikan penghormatan, penghargaan dan kenangan serta mengeratkan silaturahim sesama pesara JaPen yang lama dan baru, program ini juga dapat menjadi salah satu platform untuk menyebar luas maklumat terkini Kerajaan dalam kalangan pesara JaPen atau dikenali sebagai Rakan Strategik.

20160510_151053
Di dalam majlis ini, bekas Timbalan Ketua Pengarah JaPen, Datuk Jamilah Mohd Shahid, mengucapkan terima kasih dan tahniah atas inisiatif mencari semula rakan strategik.

Jamilah berkata, cabaran kepada pegawai baru dalam dunia tanpa sempadan adalah dalam pengurusan persepsi dan isu.

20160510_143039
Turut hadir di dalam program ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Dato’ Mohd Sukari bin Ab Hamid, dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Datuk Haji Almain bin Ajirul.

Tinggalkan komen anda