Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

UTeM Terap Keusahawanan Kalangan Pelajar

By 10 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 10 Mei (Malaysiaaktif) — Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Kampus Bandar melalui Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) hari ini  mengadakan Festival Keusahawanan BTEC LAB sebagai platform melatih dan memperkasa kemahiran pelajar dalam urusan jual beli.

“Program ini dilaksanakan melalui FPTT bagi mencapai lonjakan pertama pelan strategik pendidikan negara 2015-2025 supaya melahirkan graduan yang holistik, berketrampilan, dan seimbang dalam aspek keusahawanan,” ujar Timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad.

 

5f5e5e52-b96f-4d35-a242-e5b193c97f08

 

Menurut beliau walaupun para pelajar berkenaan mengikuti subjek-subjek formal tentang keusahawanan, namun aktiviti sebegini yang dihadapkan secara  tidak formal boleh melengkap pelajaran berasaskan teori.

“Ini merupakan yang pertama diadakan oleh FPTT dan kita merancang untuk melibatkan seluruh universiti pada program yang dirancang akan diadakan pada 22 Mei akan datang dalam skala yang lebih besar,”katanya.

 

7bfd2c4a-670d-4da7-962f-bf4fb14078bb

 

Sementara itu, pelajar Ahmad Haikal berkata dia mampu melanjutkan pelajaran ke UTeM dengan hasil pendapatan perniagaannya tanpa bergantung kepada sebarang pinjaman pelajaran.

Dia berkata dengan hanya mengambil tender kecil-kecilan untuk majlis-majlis sekolah dan kenduri, dia mampu membeli mesin cetak yang menjadi asas untuk maju mengeluarkan jenama sendiri bersama seorang rakan dengan modal permulaan serendah RM1000 seorang.

“Bila kita faham keseluruhan produksi untuk pengeluaran sesuatu produk, saya rasa lebih baik keluarkan jenama sendiri,” katanya lagi.

Sempena festival sehari ini, beberapa aktiviti turut diadakan , termasuk sukan Fit and Fun dan khidmat rundingan dengan kerjasama SME Bank, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tekun Nasional, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

 

-AAS

Tinggalkan komen anda