Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Bomba Bachok Tangani Dua Kebakaran Serentak

By 10 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/ Foto: Siti Meriam Mohamad

BACHOK, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Pasukan Bomba dan Penyelamat Bachok hari ini terpaksa berdepan dengan dua kejadian kebakaran, iaitu di Permatang Machang, Jelawat dan satu lagi di hadapan Kolej Islam Sains dan Teknologi Kandis (KIST).

Menurut Penolong Penguasa Bomba Bachok Muhammad Khairu Yusof, ketika mereka sedang berusaha mengawal dan memadam kebakaran di Permatang Machang, mereka menerima pula panggilan memaklumkan kebakaran di hadapan KIST.

 

02978cfa-381c-40ff-aec9-9d6d71ba7246 (1)

 

Beliau berkata oleh kerana menghadapi kekangan tenaga disebabkan keperluan tugasan di dua lokasi serentak, pihak bomba mendapat bantuan daripada pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Bharu dengan anggota seramai enam orang untuk menyokong lapan anggota dari Balai Bomba Bachok.

Sementara itu, seorang pelajar KIST yang hanya mahu dikenali sebagai Izam berkata kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 1.00 tengahari di kawasan hutan berdekatan sebelum merebak  dengan cepat hingga memusnahkan sebuah kedai makan yang sudah tidak lagi digunakan.

Menurut pihak bomba kebakaran mungkin disebabkan pembakaran secara terbuka oleh penduduk setempat. Walaubagaimana pun, punca sebenar sedang dalam siasatan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugian masih belum dianggarkan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda