Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Jangan Reda Ditipu – KPDNKK Pahang

By 23 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Emran Bin Ismail / Mohamad Azree
Foto : Bakari Yusof

Raub, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Pahang, Shahudin Bin Jali menyatakan kebanyakan masyarakat bersikap reda dan mendiamkan diri biarpun berkali-kali ditipu oleh pihak tertentu tanpa membuat laporan kepada KPDNKK. Sikap sebegini perlu dihindarkan kerana perkara ini memberi peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dan seterusnya merugikan para pengguna.

IMG-20160523-WA0001
Ketika berucap dalam Program Masyarakat Cemerlang anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Pahang, Shahudin berkata pengguna sering ditipu oleh peniaga barangan yang dibeli sama ada dari segi harga, ketulenan barangan dan caj-caj tertentu.

IMG-20160523-WA0002

 

Program yang diadakan di Kampung Sungai Lui, Raub telah dihadiri seramai 200 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan menjadi pengguna yang bijak.

Dalam program yang mendapat kerjasama pelbagai pihak terutamanya Pejabat Penerangan Daerah Raub, Pusat Tabung Darah Hospital Raub, AADK Raub, UMNO Bahagian Raub dan JKKK Sungai Lui tersebut turut diadakan taklimat tribunal tuntutan pengguna, kempen derma darah, pertandingan futsal dan pertandingan menghias kek.

Tinggalkan komen anda