Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Belia Penentu Masa Depan Negara-Noh

By 23 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Ā Oleh: B.Tanggamal & Salizah Salamat (Selangor)

KUALA LANGAT, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Bertepatan dengan tema Hari Belia Negara 2016, ā€œThe Future is Now”, belia harus diberi peluang untuk memimpin dan menentukan masa depan negara.

Demikian kata Pengerusi Majlis Tindakan PersekutuanĀ Selangor, Datuk Seri Noh Hj Omar sempena Sambutan Hari Belia Selangor 2016 di Kolej Matrikulasi Selangor, di sini hari ini.

“Jangan hanya tumpukan pencapaian akademik semata-mata tetapi belia seharusnya sentiasa merebut peluang kerana kerajaan menggalakkan belia menceburi bidang teknik dan vokasional,ā€ tambahnya.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk mewujudkan Tabung Pembangunan Ekonomi bagi belia memajukan diri dalam bidang perniagaan.

“Kerajaan negeri harus ambil peranan dan bukan bergantung kepada kerajaanĀ Persekutuan semata-mata. Banyak projek tidak dapat dilaksanakan sehingga menyebabkan peluang pekerjaan terhad di Selangor.

“Penglibatan dalam perhimpunan belia menjadi platform untuk generasi muda di negara ini memiliki daya kreativiti yang tinggi dan pemikiran yang inovatif di samping memberi pengiktirafan kepada golongan belia atas sumbangan mereka kepada pembangunan negara,” ujarnya lagi.hari belia 2

Seramai 15, 000 belia hadir sempena majlis yang telah berlangsung mulai 21 hingga 22 Mei.

Ā Semetara itu,Timbalan Majlis Belia Selangor selaku Presiden Majlis Belia Daerah Kuala Langat, Hafez Shurridin, menyeru masyarakat untuk menyemarakkan Hari Belia Selangor sebagai gelombang anak muda Selangor.

Pada majlis tersebut, Datuk Noh Omar turut menyampaikan hadiah khas projek pembangunan belia Selangor sebanyak RM20, 000, sijil penghargaan dan trofiĀ kepada Kelab Belia Era Baru (MAYC) Parit Baru Pekan, Sabak Bernam setelah menjadi Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2016 peringkat Selangor.

DK/SF

Tinggalkan komen anda