Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Fit Malaysia Galak Penduduk Bersukan

By 23 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Sherul Nizam Zakaria, Azimee Abdullah & Lee Guan Hooi (Balik Pulau)

BALIK PULAU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih 10,000 penduduk Pulau Pinang semalam menyertai Program Fit Malaysia di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau.

Program Fit Malaysia ini dimulakan dengan Flag Off Fit Malaysia Ride 30 kilometer, Fit Malaysia Ride 10 kilometer, Fit Malaysia Run 10 kilometer dan Fit Malaysia Run 5 kilometer.

Turut memeriahkan program ialah acara-acara lain seperti Spartan SGX, Aerodance, Zumba, Fitness First Hardcore Maxx dan Stick2stick.

Menurut seorang peserta, Widya Wahyu, 16, program seumpama ini wajar diadakan secara berterusan kerana dapat memberi pendedahan kepada generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta aktif bersukan.

WhatsApp-Image-20160522 (6)

Seorang lagi peserta yang berasal dari Butterworth, Law Kim Sooi, 51, berkata keluarganya yang mengambil bahagian dalam larian 5km telah memperoleh pengalaman baharu.

Tambah Law, laluan larian yang harus melalui kawasan sawah padi di Kampung Terang menggunakan ‘batas ban’ di tepi tali air amat mengujakan.

WhatsApp-Image-20160522 (5)

Program Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini bertujuan untuk menggalakkan penduduk Pulau Pinang mengamalkan gaya hidup sihat.

Program ini juga sejajar dengan aspirasi KBS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan, seterusnya bertindak sebagai batu loncatan negara bagi mencapai kejayaan sukan di persada antarabangsa.

Program dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

 

– AH

Tinggalkan komen anda