Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Jeju Airlines Mula Penerbangan Incheon–KK 20 Julai

By 19 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & Ahmad Marif Ag.Damit (Sabah)

KOTA KINABALU, 19 Mei (Malaysiaktif) –? Jeju Airlines akan memulakan penerbangan laluan baharunya, Incheon, Korea ke Kota Kinabalu mulai 20 Julai ini.

Demikian kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun.

Tambahnya, syarikat penerbangan Korea Selatan itu menyediakan sebanyak 20 penerbangan langsung dari negara itu ke Kota Kinabalu, Sabah dalam seminggu.korea 2

“Saya fikir ini suatu perkembangan yang cukup baik kerana akan menarik lebih ramai pelancong dari Korea untuk datang ke Sabah,” katanya semasa sidang media sempena ASEAN-Korea Tourism Capacity Building Workshop di sini, pagi tadi.

Masidi berharap agar syarikat penerbangan baharu itu nanti akan merancakkan lagi perkembangan industri pelancongan khususnya di Sabah.

“Pelancong Korea merupakan pelancong setia kepada Malaysia khususnya Sabah kerana hubungan baik antara dua buah negara ini telah terbina sekian lamanya,” ujar Masidi.

Terdahulu, Masidi menjelaskan terdapat 28 penerbangan dalam seminggu dengan 704 kerusi akan dijual setiap hari.

Jumlah itu melibatkan syarikat penerbangan negara Korea, antaranya, Asiana Airlines, Eastarjet, Jin Air dan yang terkini Jeju Airlines.

SF

Tinggalkan komen anda