Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sarawak: 18 Menteri Muda Angkat Sumpah

By 19 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Ā Oleh: Ninie Gumbang /Ā Foto: Cassidy Lisut & Jaed Tepus

KUCHING, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Angkat Sumpah Menteri Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak yang baharu menyaksikan lapan belas orang Menteri Muda dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing di Dewan Lapau, DUN hari ini.

Majlis itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan Haji Satem .

Datuk Gerawat Jala mengetuai angkat sumpah dan dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN menggantikan Datuk Roland Sagah Wee Inn yang dilantik sebagai Menteri Muda. japen 4

Menteri-MenteriĀ  Muda yang dilantik semula ialah Datuk Dr John Sikie Tayai, Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Datu Haji Len Talif Salleh, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Talib Zulpilip, Liwan Lagang, Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, Datuk Lee Kim Shin, Datuk Dr. Jerip Susil dan Rosey Yunus.

Manakala tujuh muka baharu yang dilantik ialah Datuk Roland Sagah Wee Inn, Dr. Annuar Rapaee, Malcom Mussen Lamoh, Datu Dr. PenguangĀ  Manggil, Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi, Dr. Abdul Rahman Ismail danĀ  Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Kesemua yangĀ  dilantik telah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei lalu.

Pada PRN tersebut, Barisan Nasional telah memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan untuk membolehkan kerajaan negeri baharu dibentuk.

SF

Tinggalkan komen anda