Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PPPM dan Aspirasi Murid Perlu Dihayati Guru

By 20 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Norazlyn Muhamad Norizan (Hulu Langat)

BERANANG, 20Ā Mei (Malaysiaaktif) – “Dalam usaha untuk bersaing di persada dunia, semua elemen yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 perlu terus dipacu, selaras dengan ketetapan yang digariskan. Enam aspirasi murid juga perlu dihayati oleh semua pendidik dan diterjemahkan dengan cemerlang melalui kemahiran pembelajaran abad ke-21”.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berucap di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Langat di MARA-Japan Industrial Institute (MJII), semalam.

Beliau yang juga lahir dari golongan pendidik melahirkan rasa penghargaan kepada semua warga guru negeri Selangor atas jasa bakti mereka dalam usaha mendidik anak bangsa.

Bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ selari dengan hala tuju negara untuk meningkatkan mutu pendidikan negara di taraf dunia.

Majlis diserikan dengan persembahan Tarian Selamat Datang dari Pasukan Tarian Citra Jentayu, Sekolah Kebangsaan JalanĀ  3, Bandar Baru Bangi, Ikrar Hari Guru, Lagu Guru Malaysia dan persembahan Melodrama gabungan para pelajar dan guru.

Penyampaian Tokoh Guru Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2016 diberikan kepada 4 orang guru iaitu Noorizan binti Mohammed, Ponnusamy a/l Nallusamy, Chang Poh Kheng dan Ku Zainal bin Ku Ismail.

Turut hadir ADUN Semenyih, Datuk Haji Johan Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Ahmad Tajudin bin Jab, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim.

-DK

Tinggalkan komen anda