Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Penduduk Kg. Batu Kitang Mahu Hidup Baharu

By 1 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Asmidar Zainol / Foto: Khirul Nizam Zanil

KUCHING, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Penduduk Kg. Batu Kitang yang kecewa setelah lima tahun ditadbir pembangkang mengharapkan perubahan baharu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 nanti.

Menurut Ketua Kampung, Bolhassan Tahot ketika pembangkang mentadbir tiada sebarang perubahan atau pembaharuan malah mereka berasa seperti disisihkan oleh parti berkenaan terutamanya dari segi pembangunan penduduk dan kampung tersebut.

“Setelah menilai semula, penduduk kampung kini yakin hanya parti Barisan Nasional (BN) mampu memberi kehidupan baharu kepada pembangunan kampung dan kawasan DUN N13 Batu Kitang amnya.

“Pihak kami amat berharap kemenangan BN nanti akan membawa perubahan baharu kepada kampung ini dan memberi kesan positif kepada penduduk kampung,” ujarnya.

Tambahnya, antara infrastruktur yang diperlukan di kampung tersebut ialah pusat komuniti setempat, pusat sumber, skim perusahaan kampung, pembinaan masjid baharu, pembinaan tebing sungai serta kemudahan Internet melalui projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia.

Sementara itu, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) Batu Kitang, Cr Sanferi Tambi berkata dari segi kehadiran masyarakat setempat ke progam hari ini, saya yakin BN akan mendapat kemenangan besar.

Ketika ditanya tentang kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Sanferi yang juga ahli Majlis Perbandaran Padawan berkata rakyat sangat mengagumi kepimpinan Adenan yang dianggap sebagai pemimpin luar biasa yang berjiwa rakyat.

Program Pemimpin Bersama Rakyat pagi tadi dirasmikan oleh Isteri Ketua Menteri, Datin Paduka Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

SF

Tinggalkan komen anda