Skip to main content
Berita TempatanSabahViral

Kadar Zakat Fitrah Sabah Kekal RM7

By 26 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus & Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 25 Mei (Malaysiaktif) –? Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1437 Hijriah atau 2016 Masihi kekal RM 7 bagi setiap orang Islam yang bermastautin di negeri ini.

Menurut Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Mohd Suhaili Said, kadar tersebut berasaskan sukatan satu gantang Bahgdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Sabah.

“Pada tahun ini MUIS telah melantik 37 penyelaras wakil amil dan  1,968 wakil amil untuk menyelaras dan memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan.

“Mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelak masyarakat Islam mengeluarkan fitrah kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai tauliah,” katanya semasa Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah di sini, pagi tadi.

3_AJM9104

Tambahnya, zakat fitrah yang dipungut Pusat Zakat Sabah (PZS) tahun ini dijangka mencapai RM 9.2 juta berbanding tahun lepas berjumlah RM 8.9 juta.

“Pungutan zakat fitrah pada tahun ini dijangka meningkat dari tahun lepas kerana kesedaran umat Islam tentang kewajiban menunaikan zakat yang semakin bertambah dan peningkatan kecekapan pengurusan para Amil serta PZS.

“Sepanjang Bulan Ramadan tahun ini, MUIS telah memperuntukkan sebanyak RM 8.2 juta  kepada 37,268 asnaf fakir, miskin, dan mualaf sebagai persediaan menyambut 1 Syawal manakala RM 1.1 juta akan diagihkan kepada Amil Fitrah sebagai upah amil yang bertugas memungut dan mengagihkan Zakat Fitrah,”jelasnya.

2_AJM9095

Pada majlis sama, Suhaili turut melancarkan Van Kaunter Bergerak PZS yang akan ditempatkan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai bagi memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam keempat itu.

?Hadir sama, Ketua Penolong Setiusaha PZS (MUIS), Mohd Zaratkhan Abd Rahman.

 

 

SF

Tinggalkan komen anda