Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Diyana Zamri
KUCHING, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Menurut Ketua Polis Sri Aman, DSP Othman Sulaiman tiada helikopter mendarat cemas di Sri Aman hari ini.
Kenyataan Othman yang dilaporkan oleh Astro Awani itu merujuk banyak berita tidak sahih yang telah tersebar di laman sosial berkaitan helikopter yang membawa beberapa orang kenamaan termasuk Timbalam Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Noriah Kasnon, hilang petang tadi.
Banyak laporan yang tidak sahih telah mula tersebar di laman sosial.
Sehingga kini, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin hanya mengesahkan bahawa helikopter tersebut hilang dalam perjalanan Ke Kuching dari Betong pukul 5.00 petang tadi dan usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) sedang dijalankan.
Pihak media kini sedang memenuhi pintu masuk Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak bagi mendapatkan status laporan terkini.