Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Nenek Antara Penipuan Mangsa ‘Love Scam’ Afrika

By 5 Mei 2016Mei 9th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 5 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang nenek berusia 60 tahun antara yang dikenal pasti menjadi mangsa penipuan (love scam) warga Afrika, selain wanita kesunyian, ibu tunggal dan juga suri rumah.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din sehingga empat bulan pertama tahun ini, polis Melaka menangani sebanyak 34 kes melibatkan kerugian berjumlah RM518,000 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, iaitu 26 kes dengan kerugian mangsa berjumlah 1.5 juta.

Jelas Ramli, Kes ini melibatkan warga Afrika yang menyamar sebagai warga British serta menghubungi mangsa yang kesunyian dan memberikan kata-kata manis hingga mangsa terpikat dan sedia memberikan bantuan wang kepada mereka.

“Isu ini tidak pernah sunyi di mana walaupun telah diingatkan berkali-kali oleh pihak polis, namun African Scam @ Love Scam masih lagi berlaku,” katanya.

Sementara itu, dalam kes yang hampir sama Ramli berkata jumlah kerugian berhubung  sindiket ‘Macau Scam’ di Melaka mencatatkan peningkatan, iaitu RM1.02 juta melibatkan lapan mangsa dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding RM15,000 dengan dua mangsa rata-rata kaum Cina dalam tempoh sama tahun lepas.

Mangsa dihubungi oleh sindiket dan mengatakan bahawa akaun bank mereka disekat oleh Bank Negara, dan mangsa perlu memindahkan sejumlah wang ke akaun tertentu agar mereka boleh menggunakan akaun itu semula.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda