Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Kesibukan Di Satok, Namun Peniaga Tidak Abai Mengundi

By 7 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

KUCHING, 7 Mei (Malaysiaaktif) — Pasar Satok yang kini berpindah ke Kubah Ria terkenal dengan tamu besar dan kesibukannya pada setiap Sabtu, menjadi lebih sesak kerana hari ini juga hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRNS) ke-11.

Tinjauan Malaysiaaktif  mendapati walaupun sesak dengan aktiviti jual beli, namun peniaga dan pembeli sama-sama memberikan keutamaan kepada tanggungjawab sebagai pengundi.

Seorang peniaga, Salamah Ismail, 40, berkata walaupun sibuk, sebagai warga Sarawak dia tidak boleh melepaskan peluang untuk mengundi.

Disebabkan kesibukan, dia bergilir dengan suaminya untuk untuk ke pusat mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokratik masing-masing.

Penjual barangan runcit, Norjanah Shuib, 59 yang meniaga gula apong dan tepung lamantak berkata dia telah mengundi pada awal pagi sejurus selepas pusat dibuka. Dia yang mengundi di Sekolah Eche Buyong Jalan Astana berkata sesibuk mana pun kita, mengundi itu wajib dilakukan. Dia hanya membuka kedai selepas mengundi.

 

 

Bagaimana pun, bagi Dayang Mutiara Abang Bolhassan yang juga seorang peniaga, dia masih belum sempat mengundi kerana terlalu sibuk. Walau bagaimanapun dia pasti akan menjalankan tanggungjawabnya.

 

 

Sementara itu, Masuri Shafiie, 48, mengingatkan mereka yang bakal mengundi supaya jangan lupa membawa kad pengenalan masing-masing dan menjalankan kewajipan sebagai pengundi.

 

f1fc05e4-04d2-404f-a641-141163f10681 (1)

Masuri Shafiie : Jangan lupa bawak kad pengenalan.

 

Bagi Suraya Khusaini, sesiapa yang tidak mengundi akan rugi kerana ia merupakan hak sebagai rakyat negara ini. Dia berpendapat jika seseorang tidak mengundi, tindakannya itu hanya akan menguntungkan pihak lain.

 

 

Seorang ayah, Khusaini Aziz, 84, pula berkata untuk memastikan semua anak-anaknya menjalankan tanggungjawap mereka, dia sendiri membawa mereka ke pusat mengundi.

Di Serian pagi tadi, wartawan Malaysiaaktif menemui seorang pemilih di Bukit Semuja, Clement ak Kumeh, 56, yang menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemilih. Dia berkata kempen PRNS ke-11 kali ini lebih keras berbanding sebelumnya. Dia berharap agar sesiapa yang menang akan menunaikan janji mereka kepada rakyat.

 

066cb13d-2995-461e-a9bf-3a94e846d6ff (1)

Clemen ak Kumeh harap yang menang akan menunaikan janji mereka kepada rakyat.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda