Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Khaled Nordin: Sekolah Pupuk Perpaduan

By 19 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin semalam menegaskan bahawa sekolah merupakan tempat untuk mengenal erti mufakat, perpaduan dan toleransi.

Sehubungan itu, menurut beliau guru turut mempamerkan bahawa kepelbagaian itu mesti diraikan kerana ia merupakan satu kekuatan.

Khaled yang pernah bersekolah di SK Ledang dari 1965 hingga 1970 berkata apabila menjadi Menteri Besar Johor, agenda pertama yang dilaksanakannya adalah menubuhkan Muafakat Johor kerana beliau sentiasa mengingati kepentingan muafakat sejak dari bangku sekolah lagi.

Katanya, terdapat dua perkara penting tentang institusi pendidikan. Perkara pertama adalah untuk menjadikan sekolah arena penting bagi mengukuhkan kesepaduan nasional dan memupuk hidup berbangsa dan bernegara.

Pekara kedua merujuk kepada kepentingan kewujudan seorang guru. Katanya, tiada siapa pun dapat menggantikan peranan seorang guru walaupun dunia kini berubah dengan teknologi canggih dan berkembang pesat.

Khaled mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang membuka jalan untuk masa depan anak bangsa yang lebih baik dan juga kepada guru yang menjadi pemimpin dari kejahilan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Guru 2016 Peringkat Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Ledang di sini.

Pada majlis yang sama, Khaled turut meluluskan permohonan SK Ledang sebanyak RM200 ribu bagi penambahbaikan peralatan di sekolah.

 

–  AH/AAS

Tinggalkan komen anda