Skip to main content
HomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

“Paluan Berundur” Penghormatan Tamat Perkhidmatan

By 18 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Malaysiaaktif) –  Majlis ‘Paluan Berundur’ khas diadakan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA), CP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim yang menamatkan perkhidmatan secara rasmi setelah 40 tahun berkhidmat dan berbakti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Padang Kawad Pulapol, semalam.

Beliau memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Inspektor Percubaan pada 1976 di PULAPOL dan seterusnya berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sekarang dikenali sebagai pasukan Gerakan AM (PGA) dari 1977 hingga 2000, dengan pangkat Superintenden Polis (SUPT) selaku pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Khas.

1b461653-4e2f-4a04-b894-39b90f7b1374

Pada 2004, beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields sebelum kembali berkhidmat ke dalam Jabatan KDNKA dengan menjawat beberapa jawatan tertinggi.

Nama beliau terus sinonim dengan Jabatan KDNKA dan akhirnya dilantik menjadi pengarah bagi menerajui Bahagian Tadbir Urus Jabatan KDNKA PDRM pada 7 Oktober 2014 dengan pangkat Komisioner Polis (CP).

Selepas ini legasi pentadbiran beliau di Jabatan KDNKA akan diteruskan oleh mantan Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

Majlis sederhana namun penuh bermakna ini telah diisi dengan beberapa persembahan termasuk deklamasi puisi, diiringi persembahan Pancaragam PDRM dan nyanyian lagu ‘Hanya Aku’ oleh anggota PDRM.

Simbolik majlis turut mempamerkan bakat Datuk Muhammad Fuad memimpin pasukan Pancaragam PDRM mengalunkan muzik. Selepas penyampaian cenderamata kenangan kepada beliau, Datuk Muhammad Fuad dan isteri, Datin Hajah Normah Mohd Shah diarak menaiki kenderaan khas sebagai simbolik pengunduran beliau dan isteri ke Balai PULAPOL bagi meninggalkan majlis.

Majlis turut dihadiri oleh  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri, Puan Seri Datuk Imran Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim bersama isteri Datin Seri Ahahriza Saad @ Mansor.

-DK

Tinggalkan komen anda