Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

190 Premis Perniagaan Terima Anugerah ZPT

By 19 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 190 premis perniagaan di Pasar Raya Batu Pahat (BP) Mall semalam menerima sijil Anugerah Zon Perniagaan Terpilih (ZPT) kerana berjaya mencapai kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sini.

Majlis Pengiktirafan Anugerah ZPT anjuran KPDNKK Cawangan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pengurusan Pasar Raya BP Mall ini bertujuan menghargai para peniaga yang memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan penguatkuasaan kendiri (self regulatory) dengan memastikan perniagaan mereka bebas daripada melanggar apa-apa kesalahan undang-undang dan peraturan yang dikuatkusakan oleh KPDNKK.

Para peniaga terpilih ini juga berjaya menyelesaikan segala aduan dan permasalahan pengguna diperingkat mereka tanpa campur tangan daripada pihak KPDNKK.

Pengiktirafan yang diberikan kepada para peniaga ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada pengguna Daerah Batu Pahat, seterusnya boleh membeli barangan di ZPT dengan selesa, di samping memupuk amalan perniagaan beretika dan perkhidmatan pelanggan yang baik.

Turut hadir, Pengarah KPDNKK Johor, Nor Nekman Jaimon.

 

– AH

Tinggalkan komen anda