Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Lawatan Penanda Aras Ke Majlis Agama Islam Melaka

By 16 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Hamidah Md Drus (Jempol)

MELAKA, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 17 orang kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan menghadiri Lawatan Penanda Aras Ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM ) semalam.

Menurut Penolong Pengarah Cawangan Perancangan Strategik dan Penyelidikan ( PSP ) Negeri Sembilan, Rozita Ibrahim, lawatan ini khas untuk ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Di samping mengeratkan silaturahim, ahli KIK di saran untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi diterapkan dalam pembentangan KIK akan datang.

Terdahulu, MAIM muncul Juara bagi Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Negeri Melaka 2015. Mengambil contoh kemenangan MAIM sebagai perkongsian pintar antara kedua-dua jabatan, ahli KIK Jabatan Penerangan tidak melepaskan peluang melihat sendiri persembahan KIK MAIM menerusi taklimat yang diberikan.

Turut diselitkan taklimat 5S untuk diterapkan dalam budaya kerja Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda