Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangorViral

MOU Galak Belia Memilih Kerjaya Kapten Bus

By 16 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Abdul Razak zakaria (Hulu Langat)

BALAKONG, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menggalakkan lebih ramai belia memilih Kapten Bas sebagai kerjaya.

Melalui memorandum berkenaan, KBS dan Prasarana akan melaksanakan program ‘Bootcamp Kapten Bas’ yang menyediakan latihan secara intensif untuk para belia dengan kemahiran dan pengetahuan agar lebih bersedia menjadi seorang Kapten Bas.

Sebagai permulaan, program ‘Bootcamp Kapten Bas’ ini akan dilaksanakan di Akademi Bas Rapid Bus dan perlaksanaan berikutnya akan dikendalikan sepenuhnya secara berperingkat oleh KBS dengan sokongan penuh oleh Prasarana dan Rapid Bus.

Di bawah kerjasama selama tiga tahun itu, kedua-dua pihak mengendalikan dua sesi ‘Bootcamp Kapten Bus’ untuk lebih 100 orang pelatih melalui pengambilan dua sesi tahun ini. Sesi pertama akan bermula 23 Mei ini dengan seramai 30 pelatih.

Di samping mendapat elaun bulanan sebanyak RM900 semasa latihan, peserta yang lulus dalam program ini diberi jaminan pekerjaan bersama-sama dengan Rapid Bus, yang buat masa ini mengendalikan perkhidmatan bas Rapid Penang, Kuantan, Kamunting dan Rapid KL.

Disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam, Majlis menandatangani Memorandum berkenaan telah diadakan di ibu pejabat Rapid Bus Sdn Bhd Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, Balakong Selangor.

KBS dan Prasarana membuat pelaburan berjumlah RM3 juta di bawah program pembangunan belia ini. Permohonan untuk memasuki ‘Bootcamp Kapten Bas’ ini masih dibuka.

Tahun ini, Rapid Bus memerlukan tambahan lebih 1 ribu Kapten Bas untuk menghasilkan perkhidmatan yang opitimum selaras dengan visi syarikat untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia.

 

-DK

Tinggalkan komen anda