Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Tranformasi Pendidikan Vokasional Wujudkan 1.5 Juta Peluang Pekerjaan-Zahid

By 16 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh: Yahya A.Rajak, Shahvian Muhammad Razali, Johnny Joklis (Sabah)

KOTA KINABALU, 16 Mei  (Malaysiaktif) –? Transformasi Pendidikan Vokasional dijangka mewujudkan 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan sasaran sebanyak 60 peratus daripadanya memerlukan kemahiran teknikal dan vokasional.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, negara memerlukan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi untuk mengubah status kepada sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Bagi memenuhi keperluan itu, kerajaan sedang giat melaksanakan Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) selari dengan agenda ekonomi negara.

“Di bawah Transformasi Pendidikan Vokasional (TVET) ini, kerajaan menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) serta membina KV baharu.

“Semua tindakan ini bagi memaksimumkan guna tenaga tempatan dalam aspek pembangunan negara,” katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-45 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, pagi tadi.

Beliau memaklumkan Kementerian Pendidikan kini sedang berkerjasama dengan Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta melalui program ‘Buying Places’ bahkan pelajar berkeperluan khas diberi keutamaan secara kolaboratif melalui buying seats dengan Institut Latihan Swasta.

Tambahnya, program pembangunan pendidikan transformasi TVET ini diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kerajaan mewujudkan jalinan kerjasama silang sempadan dengan negara lain untuk berkongsi amalan terbaik bagi memajukan bidang TVET.

“Penganjuran Asia Pacific Conference on Education and Training (ACET) 2015 menjadi wahana berjaya yang menonjolkan pencapaian Malaysia dalam bidang TVET.

“Deklarasi Kuala Lumpur 2015 menjadi dokumen pertama UNESCO berkaitan TVET yang dipersetujui 27 negara Asia Pasifik dan ACET 2015 berjaya menempatkan Malaysia sebagai salah satu hab pendidikan TVET di Asia Pasifik,” ujarnya lagi.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahzir Khalid, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P.Kamalanathan dan Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Tuan Chong Sin Woon.

SF

Tinggalkan komen anda