Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

[KEMASKINI] Layar Bestari Semai Semangat Kenegaraan

By 16 Mei 2016Mei 20th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Daniel Jong

SEREMBAN, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Hujan lebat tidak menghalang lebih 200 orang hadir ke tayangan layar bestari filem Tanda Putera di Dewan Orang Ramai Taman Kelab Tuanku di sini malam tadi

Walaupun pelbagai saluran televisyen menayangkan bermacam-macam rancangan menarik, namun ‘wayang pacak’ ini masih mampu menarik minat pendududk di sekitar Kampung Bemban dan Taman Kelab Tuanku, Mambau.

Yang menariknya tentang tayangan layar bestari kali ini, penonton siap membawa bersama tikar sebagai alas duduk. Ia mengimbau zaman lampau semasa wayang pacak Malayan Film Unit, Filem Negara dan juga Jabatan Pertanian sesuatu yang sentiasa dinantikan oleh masyarakat, terutama yang di luar bandar.

 

MKC_5425

 

Ketika berucap merasmikan program ini, Pegawai Penerangan Daerah Seremban Faizal Abdul Hamid berkata tayangan layar bestari adalah satu wadah dan kaedah bagi menyemaikan semangat kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya anak-anak muda .

“Pada hari ini, penduduk Melayu, Cina dan India duduk bersama menyaksikan tayangan ini. Secara tidak langsung silaturahim dan perpaduan kita dapat dieratkan lagi,” kata Faizal lagi.

Bekas Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kampung Bemban, Jumaat Munchak juga melahirkan rasa gembira kerana ini adalah kali pertama program sebegini diadakan di kawasan ini. Kata Jumaat lagi, program yang sedemikian harus kerap diadakan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai, khususnya masyarakat luar bandar.

 

-MRR /AAS

Tinggalkan komen anda