Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Parit, Longkang Punca Banjir Kilat Di Taman Bahau

By 16 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Ramasamy Amas (Jempol)

 BAHAU, 16 Mei (Malaysiaaktif ) – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram Padang, L. Manickam meminta pihak berkuasa tempatan menyiasat kejadian banjir kilat yang sering berlaku di Taman Bahau.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan telah mengadakan satu perbincangan dengan Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol merangkap pegawai Daerah Jempol, Abdul Rahman Johor dan beberapa pihak lain pada 12 Mei di balairaya Taman Bahau bagi mencari penyelesaiaian bersama penduduk kawasan tersebut.

Menurut Manickam, antara  punca banjir kilat ialah sistem berparitan dan longkang yang sedia ada terlalu kecil dan sempit hingga tidak dapat menyalirkan air hujan dengan sempurna.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan  Pihak Majlis Daerah menyiapkan kertas cadangan dan anggaran kos naiktaraf  sistem perparitan dan longkang yang sedia ada untuk dibawa kepada pihak berwajib.

Abdul Rahman pula berkata beliau akan memastikan penyelesaian segera masalah tersebut dan bagi permulaan beliau bersetuju meluluskan sebanyak RM1.2 juta bagi kerja-kerja naik taraf perparitan di Taman Bahau dan penyelenggaraan Sungai Bahau.

Dalam pada itu, beliau juga memohon penduduk supaya membantu menjaga kesersihan sungai dan longkang supaya masalah tidak berulang.

Sementara itu, seorang penduduk, Ramli Ahmad  ketika ditemui melahirkan rasa terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan dan kepada Manickam  kerana memberikan perhatian dan bertindak untuk mengatasi masalah banjir kilat. Beliau berharap kerja naiktaraf dapat dilakukan dengan segara kerana beliau yang menetap di Taman Bahau sejak lapan tahun lalu sudah 12 kali berhadapan dengan banjir kilat hingga mengalami kerugian RM3,000.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda