Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

[KEMASKINI] Jangan ‘Beri’ Perkhidmatan, ‘Tawarkan’ Perkhidmatan

By 16 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Jamilah Sulaiman Nasution/  Foto: Khairul Nizam (Seremban)

SEREMBAN, 16 Mei (Malaysiaaktif) — Agensi kerajaan digesa tidak lagi ‘memberi’ perkhidmatan, tetapi sebaiknya ‘menawarkan’ perkhidmatan kepada rakyat.

Gesaan ini dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memasyarakatkan agensi kerajaan dengan cara memudahkan urusan untuk rakyat di kawasan mereka.

Sehubungan itu, Mohamad berkata Pusat Transformasi Bandar akan dibina di Ampangan, Seremban, manakala, Pusat Transformasi Luar Bandar pula akan dibangunkan di Rembau.

 

MKC_5233

 

Dengan adanya UTC dan RTC ini Mohamad berharap akan memudahkan penduduk  setempat untuk berurusan dengan jabatan kerajaan dalam satu bangunan dan menjimatkan masa serta kos tanpa perlu pergi ke tempat-tempat berasingan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semarak Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Seremban di Masjid Kariah Kampung Bemban, Mambau, disini, semalam.

Program ini juga menyaksikan pelbagai agensi kerajaan turun untuk bersama dengan masyarakat, seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda