Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perjalanan Terakhir Aminah Manaf

By 16 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Khairul Izham Zakaria

BAGAN DATOH, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Cuaca mendung dan suram mengiringi upacara pengebumian jenazah Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh, Aminah Manaf yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

Beliau meninggal dunia selepas enam hari koma di IJN setelah menjalani pembedahan kerana masalah jantung.

Menurut adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mimi, Allahyarhamah telah lama menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan gout.

Walaupun kurang sihat, Allahyarhamah tetap aktif dalam menjalankan tugas di Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Parlimen Bagan Datoh dan juga memikul tanggungjawab sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh setelah memenangi jawatan tersebut di Pemilihan UMNO pada tahun 2013.

Jenazah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang Datuk Hajjah Rusnah Kassim dan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Dato Yahya turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Allahyarhamah dikenali sebagai seorang yang mudah didekati, senang diajak berbincang serta gemar bergurau senda. Perak telah kehilangan sebutir lagi bintang yang begitu komited dalam menjalankan tugasnya kepada masyarakat dan parti.

Sebelum ini, pada 5 Mei lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad merupakan antara enam orang yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

 

-DZ

 

Tinggalkan komen anda