Oleh Sarah Nur Saad
KULIM, 12 Mei (MalaysiaAktif) — Pertandingan boling antara acara dalam usaha memupuk permuafakatan di antara agensi-agensi kerajaan yang berlangsung di sini semalam.
Acara dimenangi oleh Pasukan UMNO Bahagian Kulim, diikuti oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat kedua dan tempat ketiga Pasukan dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Hadiah saguhati tempat keempat dan kelima disampaikan kepada Pasukan Pejabat Penerangan Daerah Kulim dan Pasukan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Pengerusi Pembangunan Luar Bandar Parlimen Padang Serai, Asmadi Abu Talib menyifatkan permuafakatan di antara agensi melalui kaedah tersebut akan menjurus ke arah membina kesepaduan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan acara.