Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Kempen Pendaftaran Ahli Pemadam Raub Menjelang 2018

By 13 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh : Mohamad Azree / Emran Ismail / Bakari Yusof / Che Nor Ismail

Raub, 13 Mei (Malaysiaaktif) Persatuan Mencegah Dadah  (PEMADAM) Daerah Raub berusaha melaksanakan kempen bagi menambah bilangan ahli dalam memperkasakan PEMADAM sebagai sebuah NGO membantu kerajaan menangani penyalah gunaan dadah di Malaysia.

 

WhatsApp-Image-20160513 (5)

 

Program  Karnival Masjid Felda Wilayah  Mempaga 2016 telah dirasmikan oleh Yh Dato’ Haji Khairul Anuar Haji Mahmud Pengerusi PEMADAM Daerah Raub merangkap  Pegawai Daerah Raub.

 

Program Perasmian Penutupan pula telah dirasmikan oleh Dato’ Abdul Aziz Hj Mat Kiram ADUN Batu Talam pada malamnya.

WhatsApp-Image-20160513 (7)

Menemubual Encik Zulkepli Haji Mohd Ali Piah Naib Pengerusi PEMADAM Raub program yang dianjurkan oleh Felda Wilayah Mempaga dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Raub ini menjadi satu platfom kepada PEMADAM Raub untuk membantu kerajaan berkempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahayanya dadah.

Menurutnya lagi kempen kesedaran kepada masyarakat amat penting, sekaligus melahirkan minat dalam kalangan masyarakat untuk mendaftar sebagai ahli PEMADAM daerah Raub.

Malaysiaaktif juga diberitahu jumlah penagih yang mendaftar dengan AADK daerah Raub berada  di Felda Gugusan Tersang sehingga kini seramai 110 orang, namun peningkatan penagihan dadah semakin bertambah berdasarkan  operasi pembersihan sarang penagihan dadah di Tersang yang telah dijalankan baru-baru ini.

PEMADAM Raub akan sentiasa komited membantu pihak berkuasa dan Agensi Kerajaan dalam membenteras najis dadah khususnya di Daerah Raub.

Tinggalkan komen anda