Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kulim Techno City 3 Alami Banjir Sejak 15 Tahun

By 13 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Sarah Nur Saad

KULIM, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Penduduk di Kulim Techno City 3 melahirkan rasa kecewa berikutan banjir kilat yang berlaku di kawasan mereka sejak 15 tahun lalu. Kejadian terbaharu berlaku hari ini.

 

WhatsApp-Image-20160513 (3)

 

Menurut seorang penduduk, Mohd Amin Abdul Majid, 48, air banjir mula masuk ke rumahnya kira-kira 2.45 pagi tadi yang dikatakan berpunca daripada sistem perparitan.

Beliau mendakwa sudah tujuh kali banjir melimpah masuk ke rumahnya sejak dia berpindah ke kawasan tersebut. Selain air, penduduk juga terpaksa berdepan dengan acaman ular dan lipan.

 

WhatsApp-Image-20160513 (2)

 

Seorang lagi penduduk, Rohaizad Abd Rahman, 46, berkata dia telah membuat laporan kepada pihak pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) namun tindakan yang diambil amat mengecewakan.

Berikutan itu, beliau berhasrat untuk menuntut pampasan daripada pihak pengurusan PBT atas kerugian yang dialami dan kerosakan yang berlaku.

 

WhatsApp-Image-20160513

 

Sementara itu, tinjauan oleh Malaysiaaktif mendapati rata-rata rumah di kawasan berkenaan menghadapi kerosakan kesan banjir, malah terdapat juga rumah yang dimasuki air kumbahan najis dan terputus bekalan elektrik.

Secara kasar, banjir kilat di sini berlaku kerana sistem perparitan yang mempunyai relung saliran air kecil yang tidak dapat menampung takungan air hujan dan air yang disalirkan daripada kawasan perumahan berkedudukan lebih tinggi.

Malaysiaaktif akan cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak berwajib.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda