Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Program Temu Seru Perkenal Program Parol

By 16 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Program Temu Seru dengan tema Masyarakat Penyayang telah diadakan di Masjid Jamek Kampung Bharu dengan usahasama antara pejabat parol negeri Jabatan Penjara Malaysia, Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa.

Penganjuran program adalah untuk memberi penjelasan  kepada masyarakat mengenai Program Parol yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

“Parole” dalam bahasa Perancis membawa maksud ungkapan janji yang digunakan bagi menggambarkan situasi apabila banduan dibebaskan awal tetapi harus berjanji untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

44e8d2fa-0f03-4dbf-b558-c455825e0851

Program Temu Seru ini juga bertujuan untuk membantu pesalah-pesalah untuk membina semula keyakinan dan kembali hidup bermasyarakat serta menyediakan peluang pekerjaan dan bukannya mengasingkan diri dari komuniti.

Pengerusi Perbadanan Kampung Bharu, Datuk Afendi Zahari dalam ucapan perasmiannya berkata, “Wakil-wakil masyarakat terutamanya ketua kampung, Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seharusnya menyokong dan memainkan peranan dalam memastikan usaha ini berjaya dan mencapai matlamat sepertimana diharapkan oleh pihak kerajaan”.

Pameran hukuman rotan dan hukuman gantong sampai mati turut dipamerkan dalam program ini. Bagi hukuman rotan, terbahagi kepada tiga iaitu rotan bagi pesalah juvana,rotan bagi pesalah rasuah dan rotan bagi hukuman berat.

Timbalan Komisioner Pengarah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Haji Darussalam Haji Budin turut hadir ke program ini.

-DK

Tinggalkan komen anda