
Oleh Cheah Ghek Ang (Petaling Jaya)
KELANA JAYA, 20Ā Mei (Malaysiaaktif) ā āKejayaan pertanian bandar banyak bergantung kepada keupayaan kepimpinan dan kemuafakatanā.
Demikian menurut MenteriĀ PertanianĀ dan Industri Asas Tani, Datuk Seri AhmadĀ ShaberyĀ Cheek ketika mengulas tentang strategi dalam pembangunan masayarakat.
Beliau berkata demikian semasa di Program Lawatan Kerja dan Perasmian Program Transformasi Pertanian Bandar Parlimen Kelana Jaya, di sini semalam.
Beliau turut menegaskan Program Pertanian Bandar boleh dijadikan satu konsep Gerakan Perpaduan, Kesatuan dan Permuafakatan komuniti.
Sejumlah peruntukan telah ditetapkan bagi Gerakan Pertanian Bandar bermula dari Blok 3, Kampung Lindungan Kelana Jaya, dan kemudiannya bergerak ke flat-flat dan rumah pangsa, seterusnya ke kawasan bandar lain.
Program ini bertujuan bagi mengurangkan sara hidup, dan merupakan salah satu projek yang berteraskan perpaduan kerana berkait rapat dengan komuniti dan pembangunan kepimpinan.
āMereka dapat kurangkan kos sara hidup mereka dan ia dilihat sebagai projekĀ perpaduan kerana memerlukan kerjasama komuniti dan pembangunan kepimpinan terbaikā, ujar Shabery.
Usaha pertanian bandar akan dimulakan di Lembah Klang dan jika bersesuaian akan diteruskan ke seluruh negara.
-DK