Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Mobile CTC Dapat Sambutan

By 16 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Jamil Zainul (Bayan Lepas)

BAYAN LEPAS, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan  Darus semalam menyeru rakyat di sekitar Permatang Damar Laut agar memanfaatkan kewujudan Program Mobile Community Transformation Centre (CTC).

“Rakyat sekitar bukan sahaja boleh mendapatkan perkhidmatan dari rumah, malah boleh terus bertanya kepada pegawai bertugas terhadap sebarang kemusykilan berkaitan perkhidmatan yang disediakan,” ujar beliau ketika merasmikan program ini di  Padang Awam, Permatang Damar Laut.

WhatsApp-Image-20160515 (4)

Program Mobile CTC merupakan inisiatif kerajaan bagi membawa perkhidmatan awam terus kepada kepada rakyat, selain menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan kepada komuniti di satu pusat sehenti.

Selain itu, program ini juga merupakan sebahagian daripada strategi lautan biru (NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan.

Melalui program ini seramai 12 orang telah menerima bantuan baucar tunai bernilai RM100 bagi membeli barangan keperluan rumah, empat orang menerima kad MyKid, enam orang menerima kad pengenalan dan lima orang menerima kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

WhatsApp-Image-20160515 (5)

Program yang dihadiri kira-kira 1200 orang ini merangkumi lima komponen utama:

Pertama, menyediakan perkhidmatan seperti membuat kad pengenalan, lesen, pendaftaran pengundi, pemeriksaan gigi dan perkhidmatan utiliti.

Kedua, memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program dan aktiviti kerajaan seperti membendung rasuah dan perancangan keluarga.

Ketiga, menyedia peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan seperti pendaftaran perniagaan, khidmat nasihat perniagaan dan berniaga secara sampingan ketika program berlangsung.

Keempat, menghimpunan rakyat pelbagai peringkat dan kaum untuk bersukan, bersosial dan bersukarelawan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui aktiviti-aktiviti seperti pertandingan karaoke, memasak dan melukis.

Kelima, menyediakan platform bagi membolehkan bantuan-bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasar seperti kemudahan pinjaman micro-credit, bantuan pemberian lesen untuk warga emas, ibu tunggal, perniagaan, pendaftaran kad pengenalan dan mykid kali pertama serta bantuan pencarian pekerjaan.

– AH

Tinggalkan komen anda