Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa
LINGGA, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) melaporkan telah menemui seorang lagi mangsa lelaki pada jarak 10 km dari Pusat Kawalan Bomba Lingga pada 8.31 pagi tadi.
Mayat kedua itu telah tiba Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak pada 10.30 pagi tadi. Mayat belum dikenal pasti oleh sebab menunggu proses pengecaman oleh keluarga mangsa.
Mayat pertama, Datuk Noriah Kasnon telah dijumpai pada 12.30 tengah hari semalam manakala empat lagi mangsa lelaki yang bersamanya menaiki helikopter AS 350/RP-C 6828 dari Betong itu masih belum ditemui.
Sementara itu, menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aziz Yusuf, memandangkan pada waktu ini air tengah pasang, maka tumpuan carian akan dibuat dari Lingga hingga Seduku sepanjang 7km.
“Kekuatan air pada waktu ini dimaklumkan selaju 3 knot dan pihak SAR akan meneruskan operasi mencari sehingga 11 sebelum air surut kembali, kata Aziz dalam sidang media di Pusat SAR Lingga pagi ini.