Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

PRN Sarawak: 1.13 Juta Keluar Mengundi

By 7 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Asmidar Zainal

 KUCHING, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 1.13 juta rakyat negeri ini akan menunaikan tanggungjawab mengundi di Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) hari ini.

Terdapat 1,754 pusat mengundi dan 2,789 saluran undi dibuka seawal pukul 8.00 pagi tadi dan akan ditutup 5.00 petang.

Sementara itu , sebanyak 72 peratus daripada 24,604 anggota pasukan keselamatan telah menunaikan tanggungjawab dalam pengundian awal dan undi pos ketika sesi undian awal pada 3 Mei lalu.

PRN11 diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) pada 11 April lalu menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN baharu berikutan persempadanan semula kawasan dan seterusnya menjadikan pertambahan kerusi daripada 71 kepada 82.
Pada hari penamaan calon 25 April yang lepas, dua calon Barisan Nasional memperoleh kemenangan awal di dua kerusi DUN iaitu Bukit Kota dan Bukit Sari.

Kempen PRN11 telah berakhir pada 12 tengah malam tadi.

SF

Tinggalkan komen anda