Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

 [TERKINI] Serpihan Helikopter Dijumpai-Najib

By 6 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Diyana Zamri

KUCHING, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan penemuan serpihan helikopter AS350/RP-C 6828 di Sg. Buluh, Triso Sadong Jaya kawasan bersebelahan Sg. Batang Lupar pada 9.50 pagi tadi.

“Serpihan tersebut termasuklah floatation device, sebuah kerusi, sebahagian pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.

Tambahnya, pasukan Mencari dan Menyelamat akan terus melaksanakan tugasan sehingga main body heli tersebut dijumpai.

“Pada 4.12 petang semalam, heli yang  dalam perjalanan dari Betong ke Kuching telah terputus hubungan. Selepas gagal dihubungi, keputusan telah dibuat untuk mulakan search and rescue pada lewat petang semalam.

“Awal pagi tadi pasukan mencari dan penyelamat mula bergerak. Maklumat diterima pada 9.50 pagi, pasukan mencari telah menjumpai serpihan yang dipercayai heli AS350 itu di kawasan berdekatan Sg. Batang Lupar, yang amat luas ini akan menyukarkan operasi yang kita akan jalankan.

“Usaha dan aset yang kita guna pakai akan kita kerahkan semaksimum mungkin,” ujar Najib dalam sidang media yang berlangsung di Pejabat Penerbangan Awam (DCA) di sini sebentar tadi.

Enam penumpang tersebut ialah Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan, dan Komoditi (KPPK), Datuk Noriah Kasnon, suaminya, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun dan juruterbang Filipina Kapten Rudolf Rex.

Kemalangan tersebut disifatkan sebagai tragedi yang tidak diduga. Setakat ini, kita tak boleh buat kesimpulan tentang  kehilangan mereka kerana kita hanya jumpa serpihan helikopter.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, Pengarah JPAM Sarawak, Kol (PA) Mohtar Samat dan MejarJeneral Datuk Stephen Mundaw – Panglima Markas 1 Divisyen ATM.

SF

Tinggalkan komen anda