Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

[TERKINI] Jangan Buat Spekulasi, Ambil Kira Privasi Keluarga–DCA

By 6 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Diyana Zamri

KUCHING, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Rakyat diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan diminta mengambil kira kesedihan dan privasi keluarga yang menaiki helikopter AS 350/RPC 6828 yang dilaporkan hilang dari radar semalam.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media yang berlangsung di Pejabat DCA sebentar tadi keluarga mangsa telah dimaklumkan dan orang ramai dipohon untuk tidak menambahkan kegusaran mereka.

Serpihan helikopter yang membawa Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan, dan Komoditi (KPPK), Datuk Noriah Kasnon itu disahkan dijumpai di Sungai Batang Lupar di sini pagi tadi.

Tambah Azhar, DCA yang bertanggungjawab untuk misi Mencari dan Menyelamat (SAR) itu menerima komunikasi terakhir  daripada Kapten Rudolf Rex Ragas pada 4.15 petang, tiga minit selepas heli tersebut berlepas.

“Ini merupakan prosedur standard. Mereka memaklumkan bahawa mereka sudah airborne,” tambah Azhar lagi.

Mengulas cabaran misi SAR ini, Azharudin mengatakan operasi SAR kali ini, sungai merupakan cabaran utama kerana kawasan itu berpaya.

Sementara itu, Azhar turut menegaskan bahawa operasi Hornbill Skyways juga tidak digantung.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Bomba , anggota tentera dan polis turut membantu menjayakan operasi SAR ini.

SF

Tinggalkan komen anda