
Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa & Diyana Zamri
KUCHING, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Pengamal media tempatan diihat memenuhi ruang pejabat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Sarawak di sini sejak pagi tadi.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Mohd Haris Daud, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media berkenaan helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan, dan Komoditi (KPPK), Datuk Noriah Kasnon telah hilang dari radar sejak 4.32 petang semalam.
Helikopter AS350/RP-C 6828 dari Kuching ke Betong yang Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan, dan Komoditi (KPPK) itu turut dinaiki suaminya, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merangkap Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun.
Lokasi terakhir helikopter kendalian juruterbang Filipina Kapten Rudolf Rex Ragas itu dilaporkan di kawasan Sebuyau.
Sidang media akan berlangsung pada 9.30 pagi ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.