Skip to main content
Berita TempatanSabah

?‘Syukur, Dapat Beli Baju Raya Tahun Ini’ – Suzana

By 29 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: ?Nur Azean Makbul (Sabah)

KOTA BELUD, 29 Jun (Malaysiaktif) –? “Syukur alhamdulilah, boleh beli baju raya baharu untuk adik saya, Sharul pada tahun ini.”

Demikian luah Suzana Daing, penjaga adik Sharul Sani, 12, ketika dijemput menerima sumbangan terbabit pada majlis ‘Kasih Ramadan, Sedikit Sama Merasa’ di Restoran Pomusarahan, pekan kota belud, petang Isnin.

“Sharul, kehilangan ayahnya, Sani Daing, lima tahun lalu akibat kanser hati. Tekanan hidup terpaksa ditanggung oleh ibu Sharul, Sumarni yang terpaksa menjaga seramai lapan adik-beradik lain, oleh sebab itu saya dengan rela hati menawarkan diri menjaga Sharul yang merupakan anak bungsu kepada arwah abang saya Sani dan Sumarni,” kata Suzana selepas menerima sumbangan terbabit.image
Tambahnya, kehidupan Sumarni yang tidak bekerja dan dibantu oleh anak sulungnya yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu menyebabkan dia membantu menjaga Sharul sebaik sahaja ayahnya meninggal dunia.

Program anjuran Persatuan Wanita P169 Kota Belud (Perwita 169) yang merupakan cetusan idea Pengerusi Perwita169, Sharifah Hj Gundah, telah menyumbang kepada seramai 22 orang penerima terdiri daripada kalangan anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas

Sharifah berkata, program ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan persatuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan perhatian kerana pada musim perayaan seperti inilah mereka akan merasa amat terbeban memandangkan pelbagai persiapan perlu dibuat.

Sharifah berharap sedekah ini dapat membantu mengurangkan beban keluarga penerima terutama lagi apabila menjelang musim Hari Raya Aidilfitri.

SF

Tinggalkan komen anda