Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

400 Penunggang Dapat Servis Motor Percuma

By 20 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Edawati Sulaiman

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Prihatin dengan tahap keselamatan penunggang motorsikal, Yayasan Amal Wangsa dan Pemuda UMNO Setiawangsa sekali lagi menganjurkan Program ‘Mai Servis Motorsikal’ secara percuma khusus kepada warga kota sekitar Setiawangsa dan terhad kepada 400 orang penunggang sahaja.

Program ini telah diadakan di Mini Stadium Setiawangsa, bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang, semalam.

BCA0B810-3174-44E3-A2A7-E50E6969E803 (1)

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, kebanyakan warga kota akan sibuk membuat persiapan dan berpusu-pusu ke KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan mahupun ke Hentian Duta untuk mencari tiket pulang ke kampung.

Bagi mereka yang tidak mendapat tiket atau lebih selesa menunggang motorsikal untuk pulang, pasti akan memastikan motor mereka diservis dan diperiksa dengan baik sebelum memulakan perjalanan agar selamat sampai ke destinasi.

D5C15122-309E-4D9B-B250-0D30C5C5A8F9 (1)

Menurut Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique, “Program ini diadakan bagi membantu mengurangkan beban warga kota yang mempunyai motorsikal terutamanya orang bujang untuk servis motorsikal mereka sebagai persediaan untuk pulang ke kampung”.

“Sekurang-kurangnya wang untuk servis itu dapat digunakan sebagai perbelanjaan mereka untuk menyambut hari raya nanti”, ujarnya lagi.

DK

Tinggalkan komen anda