Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Pensrukturan Bekalan Air Perlu Demi Kepentingan Rakyat

By 21 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Mohamad Anizan b Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 21 Jun (Malaysiaktif) – Sesi pertemuan taklimat umum (townhall) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) diadakan secara bersiri selama dua hari di Hotel Grand Riverview, di sini yang membincangkan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Kelantan.

Peserta terdiri daripada ketua- ketua jabatan kerajaan dan agensi negeri serta seluruh jawatankuasa pentadbiran negeri.

Menurut Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Perkhidmatan Air dan Pembentungan KeTHHA, Dr. Ching Thoo Kim, matlamat utamanya ialah bagi memastikan bekalan air negeri Kelantan dapat diurus secara holistik sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan negeri dan telah dipersetujui  di peringkat parlimen.

“Masyarakat tidak perlu bimbang tentang pengurusan pentadbiran Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) kerana ianya sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Air Berhad (PAB) bagi memastikan penstrukturan ini berjalan  dengan lebih dinamik dan berkesan apabila dilaksanakan nanti,” ujarnya lagi.

Enam buah negeri telahpun menyelesaikan isu pensrukturan air di negeri masing-masing yang melibatkan situasi menang-menang antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan mengambil kira keperluan rakyat di setiap negeri.

Cadangan pensrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air diharap dapat menjadi realiti demi kepentingan dan kebajikan rakyat negeri ini.

 

-SH

Tinggalkan komen anda