Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

2400 Tan Sampah Dihasilkan Sehari Penduduk KL

By 25 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh Azhar Yazid

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Malaysiaaktif) – “Sampah sarap yang dihasilkan penduduk Kuala Lumpur dalam tempoh satu hari dianggarkan berjumlah 2400 tan”.

Pegawai Kanan Penguatkuasa SW Corp, Mohd Hidy Md Dzahir berkata demikian ketika menyampaikan taklimat Pengasingan Sampah Sarap Dan Kitar Semula di Pusat Penjaja Seksyen 2, Wangsa Maju hari ini.

Komuniti 1Malaysia Seksyen 2 mengambil inisiatif dalam memberi maklumat kepada orang ramai mengenai cara dan kepentingan pengasingan sampah sarap dan kitar semula.

“Jika penghasilan sampah sarap tidak dikurangkan, kerajaan terpaksa membuka lebih banyak tapak pelupusan sampah”, ujarnya.

“Perkara ini amat merugikan kerana tanah atau tapak yang telah digunakan untuk pelupusan sampah tidak boleh digunakan kembali untuk tujuan pembangunan. Oleh itu, pengasingan sisa pepejal dan kitar semula amat penting dalam mengurangkan penghasilan sampah sarap”.

Beliau menasihat orang ramai supaya melakukan pengasingan sampah melalui tiga cara mudah iaitu pertama, asingkan sampah mengikut jenis, kemudian simpan sementara di tempat yang sesuai dan seterusnya letak di tepi tong kitar semula yang telah disediakan di kawasan perumahan untuk dikutip pada  hari pengutipan.

Manakala sisa baki seperti sisa makanan, bahan kotor lain dan lampin pakai buang perlu dibuang di dalam tong sampah.

Makluman dan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal untuk isi rumah telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 1 September 2015. Manakala penguatkuasaan terhadap kesalahan pengasingan sisa pepejal telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2016.

Taklimat Pengasingan Sampah Sarap dan Kitar Semula ini telah dirasmikan oleh Penaung Komuniti 1Malaysia Seksyen 2, Wangsa Maju merangkap Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look.

Beliau merasakan taklimat ini amat penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan lebih tepat dan mendalam. Beliau juga berkata, semua pihak seperti NGO, parti politik dan agensi kerajaan perlu bekerjasama dalam menjalankan aktiviti seperti ini.

Turut hadir Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan WP Kuala Lumpur,  Norizah Jadid, Pegawai Rela Daerah Sentul,Ahmad Safwan Zulkeflee dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Seksyen 2, Lim Cheng Hock.

DK

Tinggalkan komen anda